Privasi Anda
Halaman ini menerangkan mengenai dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh para pengunjung ketika melayari portal eKaunter.
Sekiranya anda membuat sebarang transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan sebarang aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.
Maklumat Yang Dikumpul
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari portal eKaunter kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui borang maklum balas elektronik dan juga e-mel.
Apa Yang Akan Berlaku Jika Saya Membuat Pautan Kepada Laman Web Yang Lain?
Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk portal eKaunter sahaja.
Perlu diingatkan bahawa laman web atau portal yang terdapat dalam pautan institusi ini mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung adalah dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web atau portal yang dilayari.
Pindaan Dasar
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan melayari portal eKaunter ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.
Pautan
Walaupun mempunyai pautan dengan laman web agensi-agensi dibawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan agensi-agensi lain, dasar privasi ini hanya terpakai untuk portal eKaunter sahaja. Pengunjung adalah dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web agensi lain yang dilayari.
Pertanyaan atau Aduan
Sebarang pertanyaan atau aduan mengenai dasar privasi bolehlah menghubungi kami melalui borang maklum balas elektronik yang disediakan.